Tokoh : Mahatma Gandhi

Dipos oleh Nurliana pada Friday, 7 November 2014 @ 08:05 | 0 komen




"Kemenangan yang dicapai oleh keganasan adalah sama dengan kekalahan, kerana ia adalah sementara." - Mahatma Gandhi


Mahatma Gandhi ialah seorang tokoh nasionalis dan kerohanian India.

Nama penuhnya Mohandas Karamchand Gandhi dilahirkan pada 2 Oktober 1869 di Porbandar, Gujarat, India.

Beliau menjadi terkenal kerana penentangannya terhadap pemerintahan British di India dengan prinsip tidak menggunakan keganasan dan pertumpahan darah.

Beliau tidak pernah memegang sebarang jawatan di dalam kerajaan, bagaimanapun dianggap sebagai seorang pemimpin politik dan kerohanian tertinggi negara.

Mohandas Karamchand Gandhi dibunuh pada 30 Januari 1948 di Birla House pada pukul 5.17 petang oleh seorang lelaki bernama Nathuram Godse akibat tidak berpuas hati dengan persetujuan Gandhi menubuhkan negara Pakistan dan juga prinsip anti-keganasan Gandhi.

Komen :

Mahatma Gandhi ialah seorang pejuang hak asasi manusia bagi rakyat di negaranya. Beliau menentang sebarang bentuk penindasan terhadap masyarakat India yang dilakukan oleh British. Namun begitu, kebijaksanaan beliau dalam menunjukkan penentangannya harus dicontohi. Beliau tidak menggunakan kekerasan tetapi melalui perbincangan dengan pihak British untuk mengemukakan tuntutannya buat rakyat di India. Meskipun usaha beliau dihalang dengan pelbagai kekerasan oleh pihak British, beliau masih tidak bertindak membalasnya dengan kekerasan juga.

 
Sumber:  http://kata2tokoh.blogspot.com/2013/10/gandhi.html




New