Artikel : Akidah 3 Lelaki Menang Kes Berpakaian Wanita Perlu Diselamatkan
Dipos oleh Nurliana pada Wednesday, 26 November 2014 @ 08:47 | 0 komen
Published : 10 November 2014
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu menggesa supaya 3 lelaki yang menang kes berpakaian wanita di Mahkamah Rayuan baru-baru ini diselamatkan akidah mereka.
Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad menggesa supaya pihak berkuasa agama dan masyarakat memainkan peranan menyelamatkan mereka daripada terus terlanjur dan bebas sehingga mencemarkan agama Islam.
"Ini bukan
satu isu kecil sebaliknya setiap lapisan masyarakat terutama NGO
berkaitan agama Islam dan pihak berkuasa agama perlu selamatkan akidah mereka dengan berjumpa golongan ini dan memberi didikan agama," kata Ismail dalam Utusan Malaysia hari ini.
Ismail berkata, isu tersebut perlu ditangani segera sebelum ia melarat memandangkan gerakan liberal semakin berleluasa ketika ini.
"Kita tidak mahu implikasinya nanti akan melarat kepada isu lain seperti yang kita tahu gerakan untuk meliberalkan ajaran Islam ada di mana-mana saja,” katanya.
Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Hafiz Nordin berkata keputusan mahkamah tersebut hanya akan menyebabkan kehidupan yang tidak sihat dan menyebabkan budaya lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) semakin berkembang.
"Saya kesal dengan keputusan itu kerana mengundang satu kehidupan masa depan yang tidak sihat apabila kita seperti merelakan lebih ramai masyarakat terlibat dengan LGBT dan aktiviti seumpama itu," katanya.
Pada 7 November baru-baru ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.
Hakim berkata, Perlembagaan diwujudkan bagi melindungi minoriti daripada kezaliman majoriti selain mendapati hakim Mahkamah Tinggi membuat kenyataan dan dapatan bertentangan dengan bukti serta dicemari prasangka peribadi yang tidak saintifik.
Pemohon, Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Kay Yusof Wan Ismail yang merupakan wanita transgender ditangkap beberapa kali kerana melanggar enakmen negeri.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan
Mahkamah Rayuan bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang
mengejutkan.
Muhyiddin berkata, kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Peguam Negara boleh 'mencelah' untuk mengemukakan rayuan supaya keputusan itu diteliti semula.
"Jadi, elok diserah pada pihak peguam negara, Jabatan Agama Islam
Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri untuk membuat rayuan atau
sebagainya," katanya.
Past l
Butiran Pelajar
Assalamualaikum !
Nama : Nurliana binti Che Manshor
No. matrik : A150618
Email : giantcovalent@gmail.com
Kelas : Hak Asasi Manusia
Sesi : 2014/2015
Pensyarah : Encik Mohamad bin Taha