Artikel : Suhakam menggesa agar penggunaan Akta Hasutan ditamatkan

Dipos oleh Nurliana pada Saturday, 8 November 2014 @ 11:35 | 0 komen

Media Statement | Kemas kini: September 03, 2014 

(Diterbitkan pada: September 03, 2014 12:42 MYT)

Suhakam menggesa agar penggunaan Akta Hasutan ditamatkan
SUHAKAM menggesa pihak berkuasa untuk mempertimbangkan semula kesesuaian, justifikasi dan keperluan untuk menahan dan mendakwa individu di bawah Akta tersebut.

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat bimbang dengan peningkatan yang merisaukan dalam penahanan dan dakwaan di bawah Akta Hasutan oleh pihak berkuasa ke atas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, pelajar serta baru-baru ini seorang ahli akademik.

Suruhanjaya kesal melihat bahawa penggunaan berterusan undang-undang lapuk yang digubal oleh pihak berkuasa penjajah ini untuk menyekat kebebasan bersuara individu semakin meningkat dan seolah-oleh digunakan secara tetap.

Tindakan sedemikian oleh pihak berkuasa adalah tidak wajar dan akan terus menyekat hak rakyat untuk membahaskan isu atau menyuarakan pendapat secara bebas yang mana merupakan asas kepada demokrasi yang berkembang maju.

SUHAKAM menggesa pihak berkuasa untuk mempertimbangkan semula kesesuaian, justifikasi dan keperluan untuk menahan dan mendakwa individu di bawah Akta tersebut atas kenyataan atau tindakan mereka yang didakwa sebagai bersifat "menghasut".

Adalah penting bagi Kerajaan untuk memenuhi janjinya dengan kadar segera untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan "Akta Harmoni Negara" ke arah melindungi hak asasi rakyat kepada kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). 



Sumber: http://www.astroawani.com/news/show/suhakam-menggesa-agar-penggunaan-akta-hasutan-ditamatkan-43142

Past l New