Artikel : Akidah 3 Lelaki Menang Kes Berpakaian Wanita Perlu Diselamatkan

Dipos oleh Nurliana pada Wednesday, 26 November 2014 @ 08:47 | 0 komen


Published : 10 November 2014

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu menggesa supaya 3 lelaki yang menang kes berpakaian wanita di Mahkamah Rayuan baru-baru ini diselamatkan akidah mereka.

Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad menggesa supaya pihak berkuasa agama dan masyarakat memainkan peranan menyelamatkan mereka daripada terus terlanjur dan bebas sehingga mencemarkan agama Islam.

"Ini bukan satu isu kecil sebaliknya setiap lapisan masyarakat terutama NGO berkaitan agama Islam dan pihak berkuasa agama perlu selamatkan akidah mereka dengan berjumpa golongan ini dan memberi didikan agama," kata Ismail dalam Utusan Malaysia hari ini.
 
Ismail berkata, isu tersebut perlu ditangani segera sebelum ia melarat memandangkan gerakan liberal semakin berleluasa ketika ini.

"Kita tidak mahu implikasinya nanti akan melarat kepada isu lain seperti yang kita tahu gerakan untuk meliberalkan ajaran Islam ada di mana-mana saja,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Hafiz Nordin berkata keputusan mahkamah tersebut hanya akan menyebabkan kehidupan yang tidak sihat dan menyebabkan budaya lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) semakin berkembang.

"Saya kesal dengan keputusan itu kerana mengundang satu kehidupan masa depan yang tidak sihat apabila kita seperti merelakan lebih ramai masyarakat terlibat dengan LGBT dan aktiviti seumpama itu," katanya.

Pada 7 November baru-baru ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Hakim berkata, Perlembagaan diwujudkan bagi melindungi minoriti daripada kezaliman majoriti selain mendapati hakim Mahkamah Tinggi membuat kenyataan dan dapatan bertentangan dengan bukti serta dicemari prasangka peribadi yang tidak saintifik.

Pemohon, Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Kay Yusof Wan Ismail yang merupakan wanita transgender ditangkap beberapa kali kerana melanggar enakmen negeri.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan  bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang mengejutkan.

Muhyiddin berkata, kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Peguam Negara boleh 'mencelah' untuk mengemukakan rayuan supaya keputusan itu diteliti semula.

"Jadi, elok diserah pada pihak peguam negara, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri untuk membuat rayuan atau sebagainya," katanya.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akidah-3-lelaki-menang-kes-berpakaian-wanita-perlu-diselamatkan-kata-ngo-me

Artikel : Suhakam menggesa agar penggunaan Akta Hasutan ditamatkan

Dipos oleh Nurliana pada Saturday, 8 November 2014 @ 11:35 | 0 komen

Media Statement | Kemas kini: September 03, 2014 

(Diterbitkan pada: September 03, 2014 12:42 MYT)

Suhakam menggesa agar penggunaan Akta Hasutan ditamatkan
SUHAKAM menggesa pihak berkuasa untuk mempertimbangkan semula kesesuaian, justifikasi dan keperluan untuk menahan dan mendakwa individu di bawah Akta tersebut.

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat bimbang dengan peningkatan yang merisaukan dalam penahanan dan dakwaan di bawah Akta Hasutan oleh pihak berkuasa ke atas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, pelajar serta baru-baru ini seorang ahli akademik.

Suruhanjaya kesal melihat bahawa penggunaan berterusan undang-undang lapuk yang digubal oleh pihak berkuasa penjajah ini untuk menyekat kebebasan bersuara individu semakin meningkat dan seolah-oleh digunakan secara tetap.

Tindakan sedemikian oleh pihak berkuasa adalah tidak wajar dan akan terus menyekat hak rakyat untuk membahaskan isu atau menyuarakan pendapat secara bebas yang mana merupakan asas kepada demokrasi yang berkembang maju.

SUHAKAM menggesa pihak berkuasa untuk mempertimbangkan semula kesesuaian, justifikasi dan keperluan untuk menahan dan mendakwa individu di bawah Akta tersebut atas kenyataan atau tindakan mereka yang didakwa sebagai bersifat "menghasut".

Adalah penting bagi Kerajaan untuk memenuhi janjinya dengan kadar segera untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan "Akta Harmoni Negara" ke arah melindungi hak asasi rakyat kepada kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). 



Sumber: http://www.astroawani.com/news/show/suhakam-menggesa-agar-penggunaan-akta-hasutan-ditamatkan-43142

Lagu : Maher Zain - So Soon

Dipos oleh Nurliana pada @ 10:51 | 0 komen


Lirik lagu :

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

Chorus:
There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, oh

Komen:


Kita dapat lihat seorang kanak-kanak perempuan berpakaian comot berseorangan di satu kawasan lapang yang kadangkala diselang selikan dengan letupan bom dalam muzik video lagu di atas

Berdasarkan jalan cerita di dalam video tersebut, kita dapat simpulkan bahawa kanak-kanak tersebut adalah salah seorang mangsa peperangan di kawasan tempat tinggalnya. Berdasarkan pemahaman terhadap lirik lagu tersebut juga kita dapat ketahui bahawa kanak-kanak tersebut telah kehilangan kedua ibu bapanya akibat peperangan.

Kesimpulan yang boleh saya nyatakan berdasarkan lagu ini ialah peperangan yang berlaku di dunia hari ini akan meragut kegembiraan dan kebahagiaan anak-anak kecil. Mereka masih mentah untuk melayari kehidupan tanpa ketiadaan orang tua di sisi. Mereka tidak bersalah tetapi menjadi mangsa keadaan. Di mana hak mereka sebagai kanak-kanak yang sepatutnya mendapat perlindungan yang sempurna? Justeru, fahamlah kita bahawa apa jua peperangan yang sedang atau akan berlaku di seluruh dunia pada hari ini akan mengakibatkan banyak nyawa dan jiwa yang terkorban.


Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=sXN7PjP08To

Past l